Sunday, October 9, 2016

Katakan Tidak Pada Bawang Putih di Muka!!!

Aku pikir la macam mana nak kasi korang semua ni dapat baca blog aku sebelum korang gunakan bawang putih di muka. Nasib la kalau korang jumpa, bagus. Kalau tak, bukan rezeki korang la.

Aku antara salah satu mangsa penggunaan bawang putih di muka. Tahun 2014 sebenarnya aku kena. Baru time ni nak post haha. Masa kena dulu, punyalah cuak.Aku punya lah cari kat internet, cara-cara natural mengecutkan jerawat menggunakan home remedy. Salah satunya bawang putih. Aku penah guna dulu cara ni, tapi dulu aku amik air dia je, sapu kat muka, tunggu kering pastu bilas. Memang rasa jerawat tu cepat kecut. Tapi entah kenapa kali ni aku pergi taruk bawang putih yang dipotong nipis direct kat jerawat tu. Aku pikir, kalau letak direct, lagi berkesan. Namun benda lain yang jadi. Aku bangun subuh tu tengok muka dah merah-merah. Aku dah cuak. Tunggu la sampai tengah hari kalau kesan merah tu akan kembali normal, hampeh. Makin teruk. Makin mengelupas.

Pastu aku search kat google berkenaan masalah aku ni. Nyata aku bukan berseorangan. Ada jugak yang dah kena macam ni. Dan yang paling buat aku down, benda ni makan masa berbulan nak baik. Ahhh sudahhh! Nasib la badan, dah nak kena.

Ada orang kena sampai dia jadi berair kat dalam kulit tu. Tapi aku tak sampai macam tu. Mungkin sebab aku letak tak lama macam diorang kot. Tapi memang teruk jugakla. Macam kesan terbakar. Aku pun ngeri nak amik gambar. Jadi, ni antara langkah-langkah aku ambil:

1) Mederma

Aku search la kat google apa cari nak kurangkan merah-merah ni. Ada orang guna aloe vera, ada orang guna kulit pisang. Aku tak dapat aloe vera, jadi aku guna kulit pisang. Aku pun guna mederma. Ni bahan utama yang aku letak kat muka. Mederma sangat bagus nak hilangkan parut. Itu la yang aku sapu siang malam. Sampai la luka tu ade scab. Ni aku nak tekankan. Kalo ade scab, jangan gatal pergi kopek scab tu. Kalau tak, luka lagi lambat nak sembuh. Fungsi scab tu untuk protect luka dan menggalakkan proses pembaharuan sel kat kawasan luka tu. Kalau kita asyik kopek, luka lambat sembuh, dah parut makin susah nak hilang. Kalau sabar, dalam 3, 4 hari scab tu akan kering. Dah betul2 kering baru kopek.

2) Organic Aid Vitamin E

Bila scab tu dah terkopek, kawan luka tu masih merah tapi dah tak teruk la. Jadinya aku meneruskan letak mederma berselang seli dengan Organic Aid ni. Aku banyak baca kat internet, vitamin E elok untuk parut. Jadi aku pun beli satu. Botol kecil dalam 16.90. Botol besar 30++. Apa yang penting kalo nak beli vitamin E ni tangok kat kandungan vitamin dia. Kalau IU dia makin tinggi, kepekatan vitamin dia tinggi dan makin bagus untuk kulit. Kalau macam aku punya ni 1000 IU. Kalau botol besar 4000 IU. Memandangkan aritu aku tak cukup duit, aku beli je botol kecik dulu.

Vitamin E ni bagus tapi dia sangat pekat. Untuk orang yang acne-prone macam aku, tak digalakkan pakai kat seluruh muka, nanti breakout. Sebab kita kulit oily jadi dia akan block pores kita dan menggalakkan pertumbuhan jerawat, which aku memang kena. Haha. Lepas tu aku sapu kat kawasan parut je. Amik sikit je, sapu sampai meresap. Aku ulang-ulang pakai dua benda ni sampai la luka tu hilang dan kawasan kulit tu jadi sekata. Dalam 10 hari jugakla aku pakai. Masalahnya, kulit aku jadi hitam-hitam. Ye la, bawang putih kan panas, jadi kulit aku tu terbakar dan kawasan sekitar luka tu jadi hitam.

Aku pun search la kat internet lagi. Baca lagi info-info orang yang sama situasinya macam aku. Lepas tu baru aku tau. Nama untuk permasalahan aku ni adalah post inflammatory pigmentation. Kawasan kulit muka aku tu terlebih produce melanin yang menjadikan dia gelap dari tona warna asal.
Jadi sekarang ni, produk remove scar macam mederma dah tak jalan. Sebab dia bukan parut dah. Jadi aku kena pakai produk yang bleaching atau kata lain yang boleh memudarkan warna kulit aku ni supaya kembali normal.

Aku kembali buat research. Letih tau. Sebab dia warna hitam jadi kalaau nak cover pakai bbcream pun memang mustahil. Nampak setepek hitam kat muka. Aku jenis yang simple, bila kuar rumah pun sekadar moisturizer, bedak compact dengan lipstick. Tu je. Bila jadi macam ni, kerja tu jadi rumit. Aku kena apply macam-macam nak cover kesan hitam tu bila keluar rumah. Sedih betul.


3) Aiken Tea Tree Oil.

Aku pergi guardian. Tanya pharmacist. Dia kata kena pakai produk pencerah macam Garnier. Pastu akuu tanya la sales girl tu. Dia cadangkan pakai Tea Tree ni.  Tea tree ni sebenarnya banyak benefit.

Tea tree oil is applied to the skin (used topically) for infections such as acne, fungal infections of the nail (onychomycosis), lice, scabies, athlete’s foot (tinea pedis), and ringworm. It is also used topically as a local antiseptic for cuts and abrasions, for burns, insect bites and stings, boils, vaginal infections, recurrent herpes labialis, toothache, infections of the mouth and nose, sore throat, and for ear infections such as otitis media and otitis externa.

Nampak aku highlight merah tu. Originally kesan ni berasal dari garlic burning so aku assume la dia boleh hilangkan kesan hitam yang berasal dari kesan terbakar ni. Aku dah stop pakai mederma. Jadi aku bergilir pakai Tea tree ni dengan vitamin E. Aku tukar-tukar. Kadang-kadang siang pakai tea tree, malam pakai vitamin E, begitulah sebaliknya.

Tea tree ni bau dia kuat sikit dan kalau sapu tu dia akan rasa tingling sensation. Macam berangin pun ada gak. Tapi lama-lama bau tu akan hilang dan tak rasa apa dah. Apa yang aku perasan, warna hitam tu makin pudar. Aku tak pasti la tea tree atau vitamin E punya kerja tapi aku yakin bila dua-dua ni bergabung, kesan hitam tu makin cepat pudar. Aku pun sapu gak tea tree ni kat jerawat nak tumbuh. Dia bagus sebab dia kan antiseptic dan actibacterial, jadi dia menghalang pertumbuhan jerawat dan mengelakkan parut.

4) Hada Labo AHA+BHA Cleanser

Aku ni kurang penyabar orangnya. Kalau boleh aku nk hilangkan kesan hitam ni cepat-cepat. Aku dah tak kisah dah jerawat naik kat pipi ngan dagu asalkan kesan hitam ni pudarlah. Jadi aku pun cari la lagi kat internet. Produk yang boleh memutihkan kesan hitam ni. Memandangkan aku dah pakai Tea tree dan vitamin E sebagai krim, aku nk cari cleanser la pulak.

Untuk menghilangkan pigmentasi, bahan-bahan berikut perlu ada dalam senarai kandungan produk yang kita guna:

  • Hydroquinone – primarily, this substance is used for whitening the skin because of its antioxidant abilities. Cosmetic concentrations are available in 2% while other concentrations are at 4%. This substance does not bleach the skin but it helps lighten the skin.
  • Kojic Acid – this is the by-product of malting rice or the process of sake production. Studies have shown that Kojic acid is efficient in inhibiting melanin production but this is also an unstable ingredient in without the right cosmetic formulation. When exposed to sunlight, this can turn brown and therefore lose efficiency. Several cosmetic companies have used Kojic dipalmitate as potent substitute.
  • Arbutin – this is a potent alternative to hydroquinone. Arbutin is harvested from mulberry, white mulberry, bearberry, and paper mulberry. The action of arbutin is to inhibit the production of melanin. Some forms of arbutin are also found in pears and this substance if considered safe over other skin whitening ingredients.
  • Alpha Hydroxy Acid (AHA) – is one of the most researched skin whitening ingredients since it can easily penetrate the skin because of its molecular size. The benefit of AHA is to generate cell regeneration and remove abnormal layers of the skin (exfoliation). The superficial layer of the skin is where most discolorations occur.
Aku ada baca yang hydroquinone tak elok sangat sebab dia sangat kuat dan boleh mnyebabkan iritasi. Kojic acid pulak, aku tak tau produk apa yang ada kandungan ni. Kalau ada pun mesti mahal. Untuk arbutin dan AHA, Hada Labo ada rangkaian produk yang menggunakan dua-dua bahan ni. Tapi aku kena pilih satu je la, sama ada nak pakai arbutin ataupun AHA. Tak mampu la nak beli dua-dua. Produk Hada LAbo pun agak pricey untuk student macam aku. Setelah ditimbang baik buruk, aku meneruskan membeli AHA+BHA cleanser. Aku beli ni sehari lepas beli Tea tree.

Jadi aku pakai cleanser sekali ngan toner dia, Mild Peeling Lotion. Toner dia ni memang dah lama aku beli. Apa yang aku suka ngan toner dia ni, memang buat kulit tu rasa lembut je and dia memang dapat keluarkan kotor-kotor muka. Dah nama pun peeling lotion kan. Bunyi macam ganas tapi dia tak ada la peel kulit tu teruk-teruk. Dia bertindak secara lembut dan hasilnya, kulit memang lembut je dan  terasa bersih.

5) Skin Aqua UV Silky Smooth Texture

Kalau dah pakai cleanser AHA+BHA ni, disarankan pakai sunscreen kalau keluar rumah. Sebab dia peeling kan, jadi kulit kita akan jadi sensitif sikit kat cahaya matahari. Sebelum ni aku memang pakai moisturizer yang ada SPF 30. Tapi untuk langkah lebih selamat dan Oh Ye! Untuk post inflammatory pigmentation ni pun, diperlukan untuk pakai sunscreen. Kalau tak kulit kawasan hitam tu susah nak sembuh bila terdedah kat matahari. Lagi hitam gamaknya. Jadi aku beli la yang ni. Sebelum ni aku pakai mak aku punya tapi warna biru. Aku beli warna pink sebab ni ade oil control, sesuai untuk kulit berminyak macam aku.

Jadinya, setiap kali aku keluar, aku akan pakai ni. Sebenarnya, kalau tak kena macam aku ni pun, kita memang kena pakai sunscreen ni. Cuaca dan cahaya matahari kat negara kita ni memang terik dan amat cepat untuk menghasilkan pigmentasi kat muka. Pernah tengok tak muka orang yang ade tompok-tompok hitam macam jeragat kat muka tu. Itulah pigmentasi. Mak aku dulu banyak pigmentasi kat muka. Tapi sejak dia pakai sunscreen, muka dia makin ok dah. Malah mak aku yang suggest supaya aku pakai dari muda, nanti tak la bertompk hitam muka tu.

Lagi satu, sunscreen aku pakai ni ada hyluronic acid yang berfungsi untuk lembapan kulit dan jugak collagen,  untuk kulit lebih anjal dan mengurankan garisgaris kat muka. Kan best tu, 3-in1. Jadi pakai la ek, untuk protection dari sinaran UVA dan UVB.

Lama jugak nak kasi hilang kesan tu. Dalam sebulan tu dia memudar, tapi still nampak kesan tompok tu. Punya lah aku pakai bb cream dan bedak siam tepek kawasan tu nak kasi cover. Dalam 3 bulan tu makin pudar la.

6) Bio Oil

Yang ni aku pakai constant dalam beberapa bulan. Memang lambat nak tengok perubahan dia tp at least sangat-sangat membantu mengembalikan tona kulit muka aku agar kembali sekata. Bio oil ni pun aku sapu kat acne scar jugak. Kalau scar tu baru lagi, mmg cepat tindak balas dia. Kalau scar yang dah lama, makan masa jugakla. Tapi diingatkan, bio oil ni tak boleh sapu kat kawasan luka. Kene tunggu luka kering timggal parut baru boleh sapu.


Sebenanrnya bawang putih ni elok tapi sebab aku terlebih lama tepek kat muka, taraaa. Hancur haha. Mungkin ada yang pakai tapi sekejap, so okey je. Tapi aku fobia la jugak nak pakai lagi. Sekarang ni aku guna homemade lain untuk muka macam guna putih telur, scrub gula+kopi, scrub lemon+asam jawa,masker 0at+tomato+lemon. Untuk kecutkan jerawat, aku hanya pakai Dalacin T je skarang. Itu sahaja lah yang aku nak story.

0 flying letters:

 
design by suckmylolly.com