Salam.
Di malam yang hening ditemani homework-homework yang nak kena hantar esok beserta kebab yang minta dijamah di sisi setia menemani. Malam ni jugak la aku terasa nak mengarut dekat sini. 'Dah lama aku tak post kan'. Aku sedar yang ayat ni selalu ada kat post aku. Nak buat macam mana memang dah lama aku tak post. Aku selalu je jenguk blog ni tapi aku tak ada idea nak mengarut apa. Entah ape high aku malam ni jugak ada cahaya keimanan datang menjengah hati aku untuk tulis kat sini. Ecewah~
Aku saja blogwalking tadi. Dan aku jumpa blog seseorang ni. Dia post link blog dia kat facebook. Tangan aku gatal je klik nak usha. Entri dia pasal cinta. Fobia Cinta.

Waktu malam memang sesuai nak bercakap pasal benda-benda serius, contohnya pasal cinta. Hari tu aku ada pergi ceramah anjuran persatuan kat dalam maktab aku. Cinta Terlarang, tajuknya. Menurut ustaz N ( bukan nama sebenar), cinta antara lelaki dan perempuan dibolehkan asalkan mengikut syarak dan berniat untuk berkahwin. Kalau bercinta sekadar suka-suka aka couple (istilah budak bajet dewasa sekarang), nak dapat pengalaman, nak test market, nak berlagak depan member yang ko ade balak/awek macho/cun, nak 'ringan-ringan', nak ada teman sekatil, kau boleh jalan terus. Depan ada highway straight ke neraka.

Jadi kepada mereka-mereka yang fobia cinta ni, mungkin jadi mangsa spesis lelaki hidung belang yang suka tukar makwe macam tukar pen kilometrico. Tak perlu fobia semua ni. Ada orang bila dah frust gila-gila sampai sanggup tangan 'up' tak nak fikir cinta dah, tak nak kahwin. Aiyyoo...baru failed first time dah camni. Failed pertama sekali tak semestinya kali kedua akan failed jugak. Kau jugak yang rugi tak kahwin. Bekas pakwe korang sekarang entah-entah tengah berseronok dengan bini dia, korang dok tangiskan lagi kisah silam yang bagi lelaki, seperti hampas. Buang masa nak kenang balik. Rugi girls, rugi.
Cinta ni satu perasaan suci yang Allah SWT anugerahkan kat manusia di atas bumi ni . Allah beri perasaan ni kat manusia dan terpulang untuk kita menggunakannya sama ada nak ke jalan highway lurus yang elok ataupun jalan bengkang-bengkok macam jalan kampung. Kalau kita guna elok-elok, ikut law agama kita, Insyaallah perasaan itu akan kekal dan akan berakhir kat gerbang perkahwinan.
Ni yang jadi masalahnya bila ada sebilangan mereka-mereka ini yang lupa hukum Tuhan. Bila dah jumpa lelaki/perempuan yang berkenan, wah~ Macam dah jumpa syurga. Bercinta bagai nak rak. Law agama letak dalam gerobok, nasihat mak bapak simpan dalam peti sejuk, nafsu yang menggila dijunjung, batas makin hari makin berkurang. Bila dah tak terbatas, korang paham-pahamlah apa yang akan berlaku. Kalau nasib baik, selamat. Kalau tak, sembilan bulan lepas tu kita akan dengar berita-berita anak-anak korang yang akan jadi front page akhbar tabloid. Famous diorang.
Bila dah jadi camni, memang aku yakin 99.99%. Bukan peratus bakteria yang hilang, tapi jantan-jantan bodoh yang hilang, lari, tak nak bertanggungjawab. Aku boleh cakap yang jantan-jantan macam ni memang failed jadi manusia. Sebab tu kes buang bayi ni berleluasa. Sebab perempuan tak sanggup berdepan tekanan sorang-sorang. Kekasih yang dicintai dah lari, ambil jalan pendek, bayi tak berdosa jadi mangsa.
Please girls, janganlah jadi pemurah sangat. Memang la dalam agama kita dituntut jadi pemurah tapi yang ni dalam konteks lain. Korang ni pemurah sangat sampai badan sendiri nak 'sedekah', melampau la. Yang guys pun, ada 9 akal tapi kalau tak guna aku rasa lembu-lembu kat padang New Zealand tu lagi useful dari korang.
Ok. Berbalik kepada blog yang aku baca tadi, dia cakap dia fobia dengan cinta sebab cinta tak selalu berpihak pada dia. Bila ada orang nak dia, dia tak nak. Bila dia nak dengan orang lain, orang tu pulak tak mahu dia. Jadi dia rasa rendah diri bila dia tengok kawan-kawan yang lain yang ada boyfriend selalu dapat hadiah, selalu pergi makan sama-sama, selalu keluar dating sama-sama, selalu ringan-ringan sama-sama. Eh?
Jadi dia fikir dia nak rasa itu semua.Kau ada tak terfikir, sampai bila hubungan diorang boleh bertahan? Kau ingat boleh bertahan lama ke? Kau ingat keluar dating semua tu elok? Hubungan yang tak mengikut salur yang betul tak akan bahagia selamanya, no happy ending. Aku bukan pak nujum, main predict-predict ni tapi ikut logik akal la. Kita kalau ignore road block terus je melulu, korang ingat korang akan sampai destinasi? Tak! Pak polis yang akan tahan ko dulu. Tahu tak kau mereka keluar dating berdua tu, yang ketiga yang duduk menghimpit celah-celah mereka tu, yang jadi pihak ketiga tu; setan.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)
Aku bukanlah pakar dalam bidang cinta. Apa yang aku tulis ni semua berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku kat sekeliling aku. Aku ramai kawan dengan pelbagai ragam. Kisah cinta mereka juga pelbagai. Kau nak cerita cinta sweet, penuh onak duri, sad ending? Semua ada. Dan aku ulas semua tu dan jadikan satu output di sini. Orang kata pengalaman akan mengajar kita. Aku tak berapa ada pengalaman jadi aku cedok pengalaman kawan-kawan aku dan jadikan pengajaran. Takkan dah kena batang hidung sendiri baru nak menyesal, kan?. Dah ada contoh yang terbaik, gunalah. Jadikan iktibar.
Ingat ini je. Perasaan Cinta tu anugerah Allah SWT. DIA berhak beri kat sesiapa saja dan DIA juga berhak menarik semuanya. Kalau kita bercinta dengan harapan menuju ke gerbang perkahwinan, InsyaAllah cinta itu akan kekal. Kalau kita bercinta dan membelakangkan hukum agama, kau fikir kau boleh bahagia? Bagi aku, waktu sekarang tidak perlu terburu-buru mencari cinta. Dalam usia yang masih belasan ni, tak relevan nak mendahulukan cinta. Belajar lebih penting. Ilmu Allah ni tak terhitung. Rugi kalau tak explore. Hidup pun bukannya lama.
Percayalah, sampai satu masa, kita akan kawin jugak. Allah SWT sudah jadikan kita berpasangan. Tak perlu risau lagi. Tak perlu cemburu dengan mereka yang keluar dating hari-hari tu. Aku kalau menghadap muka yang sama hari-hari pun boleh naik muak.
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
 |
| Cinta lepas kawin lg best~~ <3 |
So kepada kita di luar sana, please jaga diri ya. Memang Tun Dr Mahathir pernah mengatakan Melayu ni mudah lupa. Dan sebagai saudara sesama Islam, tak salah kita saling mengingati.Cinta yang Hakiki hanya pada ALLAH SWT dan RASUL. Ingatlah mak ayah kita yang kat kampung tu, doa kat kita tak putus-putus. Tergamak kau nak belakangkan mereka demi cinta palsu yang entah kekal entah tidak. Cinta manusia tak akan kekal, yang kekal hanyalah Cinta Ilahi, Cinta Rasul dan Cinta Mak dan Ayah kita.
p/s: Aku tulis ni untuk nasihat diri aku gak...hoho
another p/s: Homework tak siap lagi....T.T